September 18, 2012

Home » , » Umat Islam Tak Bersatu Punca Dipersenda

Umat Islam Tak Bersatu Punca Dipersenda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Filem Innocence of Muslims membuktikan Barat sengaja mahu menghina dan memperlekeh kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Filem berkualiti rendah dengan hanya bermodalkan RM15 juta dibiayai 100 penyumbang Yahudi jelas bertujuan memburukkan Islam yang dikaitkan sebagai ganas, tidak bertamadun dan memperhambakan wanita sebagai objek seks.

Tentulah bantahan umat Islam tidak dapat dielakkan, tetapi bagi Hollywood dan Barat, bantahan itu sekadar publisiti percuma kepada filem yang dijayakan 60 orang pelakon tidak terkenal selama tiga bulan di California, Amerika Syarikat tahun lalu.

Klip video asal berdurasi 13 minit itu telah disekat, namun ada pihak tertentu yang memuat naik semula sebahagian babak dari filem tersebut. Afganistan menjadi negara pertama menyekat akses video itu kerana khuatir protes menunjuk perasaan ganas merebak ke negara itu. Malaysia turut menyekat trailer filem tersebut selepas kerajaan membuat aduan rasmi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan sudah meminta Google mengeluarkan klip filem dalam carian.

P/s: Tidak dapat dinafikan, kita kini menjadi mainan pihak lain kerana umat Islam tidak bersatu, saling bercakaran dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kita bimbang Innocence of Muslims akan menjadi landasan untuk memburukkan Islam secara terancang bagi meneruskan agenda Yahudi laknatullah. 


3 comments:

Anasyg said...

boleh masuk chatbox anas tak? ckp pasal header tu :)

Anasyg said...

akhelaken? kenapa ta letak email kat chatbox anas? kata nak header haritu
* agak payah nak communicate sbb blog ni takde chatbox :(

akhelaken said...

Sorry anas.. Hr tu ada minta email anas,tp anas tny saiz baner je kn? Then diam je ingatkn anas bz.ni email sy: kurosagidesu@rocketmail.com.
Lg1 sy punya coment cbox ada kat ats penjuru kanan sekalu.nmpk x?
Ada fb? Nnt add as friends :3
btw tq so much.susahkan pulak...

CLOSE

Copyright reserved by Zero to Hero's Blog Edited by Caersasuke